- Beri Schisandra (Schisandra chinensis) Digunakan dalam pelbagai kombinasi selama beribu-ribu tahun. Penyelidikan kontemporari telah bertumpu kepada ciri-ciri antioksidan Schisandra yang amat kuat.
- Ginseng Siberia (Eleutherococus senticosus) Salah satu daripada hasil botani yang didokumenkan dengan lengkap. "Ditemui semula" baru-baru ini berdasarkan kajian oleh ahli-ahli sains Rusia.
- Akar Astragalus (Astragalus membranaceus) Dianggap sebagai salah satu hasil botani yang unggul. Ramai pakar menganggap ia lebih unggul daripada ginseng dalam pelbagai aspek.
- Kamomil Jerman (Matricaria recutita) Berasal dari Eropah; ternama semenjak zaman silam kerana ciri-ciri lembutnya.
- Cendawan Reishi (Ganoderma lucidum) Disebut di empayar China sebagai "eliksir sakti awet muda"; penggunaannya dikhaskan hanya kepada Maharaja.
- Akar Dandelion (Taraxacum officinale) Terkenal kerana akarnya yang kuat - dan dilihat sebagai simbol kekuatan dan kelanjutan usia. Berasal dari Eropah, ditanam dan digunakan di seluruh dunia.
- Kulit Kayu Kaskara (Rhamnus purshiana) Dikenali sebagai "kulit kayu suci" oleh penjelajah Sepanyol. Berasal dari pantai Lautan Pasifik Amerika Utara; dituai oleh orang asli Amerika yang merasakan ia mempunyai ciri-ciri memperkuat.
- Akar Likuoris (Glycyrrhiza glabra) Berasal dari Timur Tengah dan China. Digelar 'theelder statesman' kerana ia disangka boleh mengharmoni dan menyatukan hasil-hasil botani lain di dalam sesuatu sediaan.
- Beri Juniper (Juniperus communis) Berasal dari Eropah Timur, sesetengah spesimen Juniper berusia lebih daripada 1000 tahun. Kon-kon beri aromatik bak resin itu dinilai tinggi oleh orang-orang Eropah awal yang mempercayai Juniper yang sentiasa hijau itu melambangkan kuasa kehidupan. Digunakan dalam penyediaan ramuan perasa klasik.
- HipRos China (Rosa species) Di antara pelbagai spesies bunga ros yang digunakan kerana buahnya, buah R. Laevigata ialah yang dinilai tinggi secara tradisi oleh masyarakat China. Penulisan China melaporkan bahawa kesannya "tahan kesejukan dan ringan dalam badan". Mengandungi bioflavonoid, asid tumbuhan dan nutrien-nutrien lain pada paras tinggi. Berasal dari China dan Jepun.
- Alfalfa (Medicago sativa) Berasal dari Timur Dekat, kini didapati di seluruh dunia; kaya denga vitamin, mineral, flavonoid, asid amino dan protein; digunakan secara tradisional sebagai nutrien untuk mengekalkan kesegaran.
- Pipsissewa (Chimaphila umbellata) Digunakan dengan berleluasa oleh orang asli Amerika. Berasal dari Amerika Utara dari Quebec hingga Georgia.
- Akar Cikori (Cichorium intybus) Berasal dari Eropah dan Asia. Digunakan secara tradisional sebagai ramuan makanan yang unik.
- Bunga Markisah (Passiflora incarnata) Berasal dari selatan Amerika Syarikat di mana ia dinilai tinggi oleh orang Cherokee Amerika, yang mempercayainya sebagai amat penting dan menggunakannya dalam pelbagai sediaan tradisional.
- Debunga Lebah (Apis pollenus) Kaya dengan nutrien termasuk vitamin, mineral, protein dan asid amino; legenda China 2000 tahun lalu mendakwa bahawa penggunaan jangka panjang akan menyebabkan seseorang itu berasa 'ringan di badan dan penuh dengan kehidupan".
- Gel Lidah Buaya (Aloe barbadensis) Sering disebut-sebut dalam cerita rakyat Barat. Kini digunakan dengan meluas dalam industri makanan kesihatan dan kosmetik.
- Taim (Thymus vulgaris) Berasal dari wilayah Mediterranean; kini ditanam dengan meluas di seluruh dunia. Ia mempunyai ciri-ciri yang unik dan biasanya digunakan di dalam bahan kosmetik dan makanan.
- Beras Barli China (Coix lacyma-jobi) Dengan sejarah penggunaan selama lebih 2000 tahun, ia mempunyai ciri-ciri serupa dengan ginseng timur, tetapi dalam bentuk yang lebih lembut. Terdapat di wilayah torpika di seluruh dunia.
- Biji Halba (Trigonella foenum-graecum) Boleh ditemuia terutamanya di rantau Timur Tengah dan Mediterranean. Satu daripada tumbuh-tumbuhan tradisional yang benar-benar purba dan mempunyai rekod penggunaan beribu tahun iaitu sejak Mesir purba. Dikatakan dapat memberi 'semangat dan kecergasan'.
- Akar Halia (Zingiber officinale) Berassal dari Asia Selatan; ditanam di kawasan tropika di seluruh dunia. Secara tradisional dianggap membersihkan. Kajian moden telah menunjukkan ia mempunyai ciri-ciri antioksidan.
- Biji Saderi (Apium graveolens) Berasal dari Eropah Selatan, dipercayai boleh menyebarkan pengaruh mententeram melalui sistem badan kita.
- Buah Kapsikum (Capsicum species) Kaya dengan vitamin, digunakan secara tradisional untuk merangsang metabolisme; biasanya digunakan untuk membantu tindakan hasil botani di dalam sediaan.
- Sarsaparila (Smilax officinalis) Berasal dari kawasan tropika Amerika dan Hindia Barat. Lama terkenal sebagai penawar rakyat dan sekarang ini digunakan di dalam banyak produk makanan.
Isnin, 7 Mei 2012
Gabungan Premium 23 Ekstrak Botani Dalam Jus Intra
Labels:
Intra,
Khasiat Tumbuhan,
makanan kesihatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan